Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Sabtu, 21 Januari 2012

Dari Pintu Ke Pintu

Hendak seribu daya.

Ibarat menggenggam bara api, setiap usaha dan kesungguhan dalam meniti impian memerlukan semangat, ketabahan serta jati diri. Siapa pun kita keupayaan bukan diukur dari kemampuan fizikal seseorang tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. 

Bersama Puan Alina Samad saya akan rakamkan perjalanan beliau dalam siri  Dari Pintu Ke Pintu. Bermula dengan episod pertama Cendana. Beliau menggunakan produk susu kambing dan arabica tongkat Ali keluaran Alhaddad atas jenama Skash bagi masalah Hipertensi ( tekanan darah tinggi ) yang melepasi  180/108 dengan izin Allah.




Anak-anak yang sentiasa membantu dan memberi semangat.



Kak Cik dan Kak Long dari Jelebu. Insyaallah siri dari pintu ke pintu akan mula jelajah ke sana dalam masa terdekat ini. Semoga dipermudahkan Allah...Amin.



Selasa, 17 Januari 2012

Jawatankuasa "At Selatan"



SESI 2012




PENASIHAT
Pn Rahmah bte Rahmat

PENGERUSI En.Fairol Azman bin Razduan

NAIB PENGERUSI
 En.Nasrul bin Ismail

SETIAUSAHA
 Pn. Jamaliah bte Ibrahim

PEN.SETIAUSAHA
 Cik Nor Athirah bte Abd.Rahim

BENDAHARI
 Pn. Wan Noor Ismariah Wan A.Aziz

AJK
 En.Mohd.Shahrezal bin Master
 Pn.Siti Hadijah bte Hamzah
 Pn.Nur Husnina bte Hamad
 Cik Farah Ayuni bte Mohd.Khairi
 Pn.Fatimah bte Mohamed
 En.Faizal Rizal bin Abd.Razak
 En.Mohd.Saiful Azizi bin Dollah
 En.Mohd.Fadzli bin Mohd.Berkah
 En.Mohammad Farhan bin Md.Nor
 Pn.Rosnani bte Mohd.Saif
Pn.Zarinah bte Abd.Raop


Sabtu, 14 Januari 2012

Al Haddad Marketing At Selatan ~ Go! Al Haddad Go!

At Selatan mengorak langkah membawa misi perubahan dalam konteks berani berjuang untuk menempatkan diri di dalam kehidupan yang selayaknya. Membangun ekonomi bagi mereka yang bijak mengambil peluang melalui produk halal Al Haddad Marketing yang mula mendapat sambutan di luar dugaan. 

Jika berniat setiap kerja itu satu ibadah, melakukan mana-mana perniagaan yang halal juga satu ibadah. Nescaya akan diberikan ganjaran yang setimpal dengan usaha dan kerjanya. Rezeki itu bukan seumpama menanti bulan jatuh ke riba. Di mana-mana pun kita, dunia ini amat luas dengan segala bentuk peluang yang Allah sediakan di dalamnya bagi mereka-mereka yang berusaha.

" Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya." (QS 67:15)

Warna warni Perjuangan.















Khamis, 12 Januari 2012

Info Terkini Al Haddad Marketing




Perlantikan Encik Fuzi Bin Husain sebagai Pegawai Sistem Informasi dan Maklumat Al Haddad Marketing yang baru bermula Januari 2012. Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dibuat melalui email ageel_haddad@yahoo.com atau berhubung terus ke GM, Encik Saleh Bin Ali di talian 019 434 1212 / 019 541 6311.

Pengedar boleh merujuk kepada stokis-stokis bagi tujuan pengesahan username yang terlupa dengan mengemukakan no kad pengenalan masing-masing.

Penggunaan borang transfer komisen ke satu akaun akan mula berkuat kuasa mulai 1 Feb 2012 bagi memudahkan pihak pengurusan dan juga ahli, bagi mereka-mereka yang mempunyai lebih dari satu username. Pengedar boleh mendapatkan borang atau khidmat bantuan melalui stokis-stokis yang dilantik.

Semua komisen yang telah dibayar akan diberitahu kepada pengedar melalui satu kaedah tanda di dalam website username masing-masing bagi tujuan pemberitahuan. Pengedar diminta mengemaskinikan profile masing-masing sebaiknya dengan memastikan nama pemegang akaun, bank dan nombor akaun adalah tepat dan jelas.


Surat pekeliling akan diedarkan kepada stokis-stokis dalam masa terdekat.