Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Selasa, 20 November 2012

MANJAKANI DAN KHASIATNYA

KELEBIHAN YANG TERDAPAT DI DALAM ARABICA MANJAKANI , KACIP FATIMAH KELUARAN AL HADDAD MARKETING SDN BHD.

Proses pengekstrakkan biji manjakani yang dilakukan sendiri oleh pengilangan Al Haddad Marketing di dalam proses pembuatan kopi Arabica Manjakani & Kacip Fatimah.




Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, zat besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi dan unsur astrigen menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin. Khusus untuk merawat rahim dan mengembalikan keanjalan otot, awet muda, pembasmi bakteria, merawat ulcer dan mencantikkan kulit.

Manjakani, dianggap sebagai buah `ajaib', dihasilkan melalui proses metamorfosis apabila sejenis serangga penyengat yang hinggap dan menetaskan telurnya di atas daun pokok oak. Telur yang menetas menghasilkan enzim-enzim yang merangsang bekalan makanan pada sel-sel daun sehingga terbentuknya satu bebola keras yang dipanggil Manjakani.

Manjakani telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sejak berkurun lamanya oleh orang-orang Arab, Iran, India, Cina dan Melayu. Malah ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 Sebelum Masehi oleh orang-orang Mesir Purba. 

Manjakani sering digunakan untuk tujuan-tujuan berikut dalam perubatan:
  • Awet muda: Anti-oksida dalam Manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
  • Pencegahan kencing manis: Asid Galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim: Anti-oksida dalam Manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini: Manjakani yang bersifat astrigen boleh membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Merawat otot-otot dalam faraj: Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj: Astrigen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
  • Mengecutkan semula tisu-tisu: Astrigen membantu mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutama selepas bersalin.
  • Menegang dan mencantikkan kulit: Astrigen boleh mencantikkan kulit dan mencegah masalah kulit muka seperti jerawat.
  • Mata yang sihat: Astrigen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia dapat mengecutkan tisu-tisu mata.
  • Merawat payudara: Oleh kerana Manjakani dapat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman Manjakani dapat memperbaiki payudara yang hilang sifat keanjalannya.
  • Gigi dan tulang: Kalsium dalam Manjakani dapat membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Mulut: Astrigen dalam Manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak: Astrigen dapat mengekal dan mengawal keseimbangan lembapan kulit.
  • Merawat ulser: Amalan meminum Manjakani juga dapat membantu merawat penyakit ulser.
  • Melawaskan pembuangan air kerana Manjakani mempunyai serat makanan yang tinggi.




Sabtu, 17 November 2012

Qunut Nazilah...Berdoalah untuk saudara-saudara kita di Gaza.

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman.





16 Nov 2012.
Sekitar Himpunan Aman Membantah Keganasan Zionis



Dr Syed Muhammad Haleem Al Haddad, Pengerusi Biro HALUAN Palestin dan salah seorang aktivis dari HALUAN yang pernah terlibat dalam misi Mavi Marmara, juga yang bertanggung jawab beberapa kali membawa masuk beberapa produk Al Haddad Marketing Sdn Bhd sebagai sedikit sumbangan kecil di bumi Gaza sebelum Gaza diserang pada satu Muharam 1434H kelmarin. 





Antara tabung-tabung khas yang ditubuhkan selain HALUAN




Rakyat Palestin berusaha mencari mangsa di bawah runtuhan rumah yg musnah selepas serangan udara Israel di Jabalya di utara Gaza. Pesawat Israel telah menghancurkan bangunan kerajaan Hamas di Gaza pada hari ini (sabtu) termasuk bangunan pejabat Perdana Menteri, selepas Kabinet Israel mengerahkan 75,000 askar simpanan utk bertempur ke atas Gaza




“Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…”

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen.

|---:: YA ALLAH, SELAMATKAN PALESTIN ::---|










Khamis, 15 November 2012

Bersama Kami Di Al Haddad Marketing Sdn Bhd, BLACK SEED OIL HALAGEL!

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)



Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.


Habbatus Sauda
Habbatus Sauda’ merupakan sejenis tumbuhan semulajadi berbentuk rumput kecil. Ia mengeluarkan bunga berwarna biru atau putih dimana didalamnya terdapat biji Habbatus Sauda'. Tumbuhan ini terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan yang beriklim gurun.Di dalam bahasa Arab ia dipanggil Habbatus Sauda, bahasa Inggeris dipanggil Black Seed, dalam bahasa Melayu ia dikenali sebagai Jintan Hitam manakala bahasa saintifiknya dipanggil Nigella Sativa. Habbatus Sauda merupakan antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa singkat tanpa mendatangkan kesan sampingan. Ia juga dapat menguatkan antibodi yang sedia ada dalam tubuh badan.

Pengenalan Habbatus sauda
Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India.

Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter.

Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.

Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.

Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.



Kebaikan habbatus Sauda berdasarkan kajian
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme




Selamat mengamal...........









Isnin, 12 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Kullu Aam Wa Antum Bikhair....

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1 Muharam 1434 hijrah kepada semua muslimin dan muslimat yang diingati. Khas buat semua warga Al Haddad Marketing Sdn Bhd yang dikasihi.


Secara bahasa, hijrah bererti perpindahan, sedangkan secara syar’i hijrah adalah perpindahan orang beriman dari negeri kafir menuju negeri muslim kerena menghindari fitnah. Dalam Al-Quran hijrah selalu didahului oleh nilai-nilai keimanan dan diiringi dengan nilai-nilai jihad. Hijrah bukan hanya sekadar pindah, migrasi, transmigrasi ataupun imigrasi. Tetapi perpindahan kerana prinsip keimanan dan bahagian dari dakwah dan jihad untuk menegakkan Syariah Islam (Iqomatuddin). Dan Islam bukan hanya sekadar ritual keagamaan, seperti solat, shaum, zikir haji dan lain lain. Tetapi Islam adalah sistem yang sempurna mencakupi semua lapangan kehidupan. Sebagaimana juga bahawa Islam adalah ibadah yang benar dan aqidah yang lurus.

Memaknai hijrah dalam kehidupan.
Penghijrahan juga boleh dikaitkan dengan perubahan minda, jiwa dan hati. Keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik. Menjadikan minda untuk berfikir mencari jalan keluar, hati sebagai proses penapisan masalah dan jiwa untuk menjadikan diri kita lebih baik.




Hijrah adalah sebuah peristiwa yang dapat dijadikan sebagai bahan pelajaran. Kerana hijrah mengandung semangat untuk mencari sesuatu yang terbaik dan menjadikannya sebagai pilihan untuk dilakukan. Rasulullah s.a.w ketika melakukan hijrah adalah kerana demi mencari sebuah kondisi yang terbaik untuk menyebarkan Islam. Keberhasilan dan kegagalan adalah pilihan yang harus diambil salah satunya. Keberhasilan dan kegagalan dalam membangun kehidupan berada di tangan kita sendiri dengan izin Allah.




“Demi waktu! Sesungguhnya manusia pasti berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman (dan berkomitmen terhadap keimanannya), mengerjakan amal soleh (sebagai wujud komitmen terhadap keimanannya) dan saling memberikan wasiat dalam kebenaran dan kesabaran” (sebagai wujud adanya keberanian mengoreksi dan dikoreksi).









Khamis, 1 November 2012

PROGRAM GERAK GEMPUR. Dewan YPK Kemaman Terengganu.





Dalam Mendidik Minda Usahawan. Bersama Al Haddad Marketing Sdn Bhd.










































Ahad, 28 Oktober 2012

Dalam Waktu Senggang

Bismillah...

Sementara saya bertukang memperbaiki blog ini, jom sebentar renungkan sejenak kata-kata yang saya kira amat mendatangkan makna yang mendalam serta sedikit motivasi buat diri yang kadang kala tengelam timbul semangat dan azamnya ditiup angin sepoi-sepoi. 


Teguh pendirian dapat kita definisikan sebagai sikap istiqamah, keteguhan hati, tetap, tidak berubah-ubah dan konsisten dalam sesuatu tindakan. Sikap ini diperlukan dalam banyak hal, baik spiritual, profesional dan usaha. Istiqamah adalah sikap yang penting dimiliki oleh setiap manusia, sebagai modal melaksanakan misi. Tanpa sikap konsisten, sukar bagi kita mencapai apa yang kita impikan. Orang yang tekun bererti dia bersungguh-sungguh dan sesiapa yang bersungguh-sungguh, pasti mendapat hasil.



...Dan setelah kamu berusaha dan berazam, tawakallah kepada Allah..Kemampuan akan diukur melalui semangat, tidak dinilai dari fizikal seseorang.





Selagi ada nadi yang berdenyut membawa kehidupan maka di setiap detik dan saat kita harus berjuang sebagai memenuhi suatu tuntutan.
















Selasa, 24 Julai 2012

MAJLIS IFTAR RAMADHAN

Assalammualaikum....
Bersempena Ramadhan Kareem, Al Haddad Marketing Zon Selatan menjemput seluruh warganya yang tinggal berhampiran dan sewaktu denganya untuk hadir bersama-sama meraikan.

















































































































Jumaat, 20 Julai 2012