Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Jumaat, 25 Disember 2015

PERJALANAN MENCARI CINTA

7 DISEMBER 2015

Sejak balik dari program Didik Usahawan di Medan Sumatera lagi hati tidak tenteram. Penyerahan pasport untuk visa umrah saya serahkan pada 30hb. Kemungkinan proses terganggu kerana kelewatan penyerahan tidak sama banyaknya dengan keresahan menanti keputusan visa untuk Iman.

Selepas asar hari isnin 7 disember saya cuba hubungi ustaz Sa'ade Ashaari dari Al-Irfan Travel & Tours untuk pengesahan. Panggilan untuk kedua kalinya yang tidak berjawab membuat perut rasa senak. Bersangka baik mungkin ustaz masih di masjid, saya meneruskan urusan di kedai seperti biasa. Mendapat panggilan balik dari ustaz Sa'ade makin membuat senak menjadi jadi di dalam hati. Ustaz kata 'setakat ini tiada apa apa, ok lar tu in shaa Allah. Kalau ada halangan mereka akan talipon bagitau.' Lancar kata kata bergelonsoran dipendengaran namun jauh di sudut hati masih tertanya tanya ' macam itu jer ke?' Sebab saya berharap sangat umrah ini saya tidak sendirian.

Sepanjang menanti tarikh bertolak sejujurnya terasa kalau berjalan seperti tidak jejak kaki ke bumi. Antara boleh dengan tak boleh saya merayu dan berserah nasib pada Allah. Dia Maha pengatur segala gala dengan sebaik baiknya in shaa Allah. Banyak cerita dan pengalaman rakan rakan yang mahu menunaikan umrah ada ketikanya tiba saat akhir visa tidak diluluskan. Dan ada juga pasangan suami isteri visanya cuma lepas untuk suami. Walaupun saya pasrah dengan ketentuan namun masih lagi kuat berpaut harapan.

8 disember mula membeli sedikit sedikit keperluan untuk dibawa. Itu pun di kedai sahabat yang dekatnya cuma selang beberapa pintu dari kedai saya. Tiket penerbangan pun saya ambil keesokan harinya dari Johor ke Penang. Niat saya hanya untuk tidak menambah nambah masalah dalam perjalanan pergi nanti. Hanya Allah yang tahu beban harap di dalam hati. Antara nawaitu dan pandangan kata kata orang, saya berpegang kepada niat asal.

10 disember sebelum maghrib berkejaran dari hotel untuk hadir di majlis doa selamat yang disiapkan oleh en Shukri di surau Bertam Lake Homes. Kebetulan waktu sampai saya di airport serentak dengan masa orang pulang dari kerja, trafic sesak di atas jambatan Pulau Pinang. Sepanjang jalan dari airport ke Al Jannah lirik mata sentiasa memandang luas alam ciptaan Tuhan. Bergayutan rasa sayu dan pilu di tubir mata. Hiba datang dari segenap arah yang tidak pasti punca asalnya. Hati yang mudah tersentuh saya padamkan dengan memanjatkan doa kepadaNya supaya sentiasa tenang dan terjaga.





11 disember, mula berkumpul di rumah tuan Pengarah Urusan Al Haddad Group di Bertam Perdana Lake Homes selepas solat jumaat. Sempat juga minta pertolongan en Azman belikan dua quran kecil untuk saya guna kerana satu beg kecil untuk keperluan ibadah tertinggal di rumah. Alhamdulillah diberikan dengan ikhlas tanpa bayaran dua quraan kecil dan dua naskah surah yasin untuk dibawa bersama hati yang seperti karam dalam resah gelisah. Semoga Allah membalas segala jasa baik. Kerana terlampau excited terkadang kadang saya lihat dibayang bayang sendiri seperti rusa kedunguan. Sekali sekala saya renung mata iman yang tampak tenang bersahaja.

Alhamdulillah setelah di azankan di hadapan rumah tuan CEO sejurus sebelum kaki melangkah bermusafir menuju baitullah, singgah solat sebentar di masjid Abdullah Fahim sebelum episod pejalanan mencari cinta bermula. Sepanjang  menuju ke KLIA saya berbicara sendirian dalam doa mengharap redho Allah. Semoga Allah berkati perjalanan kami.. Aamiin











Khamis, 24 Disember 2015

UMRAH & INSENTIF


  • Alhamdulillah terkadang terasa seperti bermimpi AL Haddad Marketing kini sudah melepasi usia lima tahun. Tumbuh subur merimbun dan hijau merendang. Siapa sangka tahun ini mula merialisasikan penghargaan kepada usahawan melalui tiga anugerah insentif tertinggi. Selepas Beijing, kini membawa ke umrah pula sebelum berakhir dengan insentif haji. Bermakna kemampuan dan keupayaan syarikat ikut bertambah kukuh seiring denganya.



Semoga ianya menjadi pendorong dan pembakar semangat bagi setiap warganya untuk mencapai target dan matlamat sesuai mengikut kemampuan, strategi juga gerak kerja masing masing. Ianya bukanlah diwajibkan sebaliknya hanya sebagai penanda aras bagi sesiapa juga untuk lahir sebagai usahawan yang berjaya dan cemerlang in shaa Allah.



Rabu, 23 Disember 2015

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul 1437H / 2015M


Selasa, 3 Februari 2015

LIMPAS KENANGAN 2

30 Jan 2015 perjalanan menuju Kudat.


Melewati siur kesibukan dan deret kenderan melebihi tiga jam perjalanan menjadikan jiwa tambah kental. Berkira kira dalam hati bagaimana En Supri melalap rasa letih tanpa sedikit riak kelat kebosanan terpalit di wajahnya.

Secara diam mengkagumi semangat dan kesungguhan beliau dan isteri dalam usaha melastarikan impian mereka berdua. Mengingat kembali kiriman gambar gambar melalui tetingkap maya hati rasa tersentuh. Bulat tekad mengusung azam dan cita cita. Produk Al Haddad ikut menyusuri liku sungai bersama penuh rasa bangga.




Bermusafir di hari jumaat sambil nawaitu hati berebut rebut memungut keberkatan doa. Semoga apa yang akan dan telah kami kerjakan nanti menjadi pahala ibadah berpanjangan.


Distinasi ini menjadi kebelangsungan jadual yang terancang. Diberi kepercayaan penuh oleh jemaah Koperasi masjid Asy Syakirin buat hati tambah berbunga bunga.

Melahirkan pengguna di sini satu tanggung jawab dan membantu mengujudkan pendapatan tabung masjid menjadi realisasi kepada tanggung jawab beserta amanah yang diberi kepada kami. Cumanya sasaran perlu ditekankan melalui penggunaan produk produk Al Haddad dari gabungan makanan sunnah muslim yang bersih lagi halal.









Ya Allah! Tetapkanlah perjuangan ini di hati kami dalam mencari keradhaanMu permudahkanlah dan janganlah Engkau persulitkan melainkan di atas kemampuan kami menghadapinya... Aamiin







Isnin, 2 Februari 2015

LIMPAS KENANGAN 1

Penerbangan dengan pesawat Airasia AK5302 dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu sama seperti penerbangan penerbangan yang sebelumnya. Membawa segunung harapan supaya segala urusan dipermudahkan Allah.


Waktu pendaratan jam 9.45 pagi misi dan visi masih tetap sama. Kota Kinabalu tetap mesra menyambut kehadiran rindu yang terbawa dalam bagasi cinta. 




Dalam suam cahaya matahari semangat menjadi terbakar bila melihat benih yang pernah disemai di sini tumbuh subur menjadi. Di masjid ini sebelumnya pernah kami bangunkan ladang harapan sebagai percubaan dengan mengambil risiko langkah pertama selalunya akan banyak dugaan terutama dari burung burung yang datang merosak semaian.






Alhamdulillah sesungguhnya segala janji Allah itu pasti. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar. Kejayaan akan hadir selagi kita berusaha dengan sabar dan melakukan usaha dengan penuh ikhlas dan tawakal.

Perubahan mula ada di mana mana. Al Haddad Marketing Sdn Bhd sudah diterima dan kesannya tergantung dikebanyakan kedai. Finomena Tamar Cocoa dan cofee arabica tongkat ali ginseng mula menjadi gelombang perubahan emosi dan penerimaan ke arah yang lebih positif.






Alhamdulillah perjuangan tidak akan pernah selesai selagi hayat dikandung badan. Di situ terdapat amanah kehidupan untuk dibawa sebagai bekalan nanti. Memperkenalkan produk halal juga satu tuntutan fardhu kifayah sesama insan dalam usaha saling mengingati bahawa muslim juga mampu menjadi usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat.


Isnin, 26 Januari 2015

KEMBALI....

Kembali mengorak langkah dengan meneruskan tradisi pemahaman dari pintu ke pintu. Miskipun kelihatan agak lekeh pada orang lain namun bagi saya dengan inilah ianya bermula. Melahirkan pengguna dengan pendekatan yang cukup mesra.
Felda Sungai Sayong

Mempunyai team work atau teman sepasukan yang punya keserasian merupakan satu bonus kerana dengan ini setiap misi yang membawa visi akan berakhir dengan kepuasan.



Dengan siapa pun kita digandingkan sikap adalah penentu kejayaan. Kemahuan selalunya mengatasi segala persoalan samaada ianya mampu membuka lembaran demi lembaran dengan pengisian mengikut apa yang kita inginkan.










Perancangan akan menjadi peneraju utama setiap sesuatu yang akan dilakukan. Sikap kebersamaan akan membuahkan kemanisan dari pohon usaha yang dilengkapi dengan ukhuwah dan keikhlasan. Dari itu diladang manapun dipanggil untuk menyemai akan saya hadir untuk menghijaukan bumi perniagaan ini dengan kesuburan benih tuntutan sunah. Walau adakala dingin dibasahi hujan atau hangat dibakar mentari, sesungguhnya Allah sentiasa ada melihat dan menilai dengan Maha Bijaksana. Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir.....







Sabtu, 24 Januari 2015

MENCAPAI GEMILANG


Mengucap salam walau agak terlewat namun berjaya juga membangunkan semula keinginan menulis kembali untuk memenuhi ruang perjalanan sebagai satu catatan yang hampir pupus dibaham kemalasan.

Alhamdulillah setelah berbagai liku kesibukan dilalui hati masih tetap di sini. Walau dihujam ujian dan dugaan. Sesungguhnya bunga kasih Allah itu adalah segala nikmat pemberianNya yang terkandung dalam saat suka dan duka.

Bangkit semangatku dalam dakap harapan agar tidak hilang segala tinta kata yang bakal menghiasi wakalah perjuangan.

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.

Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan..... Aamiin