Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Jumaat, 25 Disember 2015

PERJALANAN MENCARI CINTA

7 DISEMBER 2015

Sejak balik dari program Didik Usahawan di Medan Sumatera lagi hati tidak tenteram. Penyerahan pasport untuk visa umrah saya serahkan pada 30hb. Kemungkinan proses terganggu kerana kelewatan penyerahan tidak sama banyaknya dengan keresahan menanti keputusan visa untuk Iman.

Selepas asar hari isnin 7 disember saya cuba hubungi ustaz Sa'ade Ashaari dari Al-Irfan Travel & Tours untuk pengesahan. Panggilan untuk kedua kalinya yang tidak berjawab membuat perut rasa senak. Bersangka baik mungkin ustaz masih di masjid, saya meneruskan urusan di kedai seperti biasa. Mendapat panggilan balik dari ustaz Sa'ade makin membuat senak menjadi jadi di dalam hati. Ustaz kata 'setakat ini tiada apa apa, ok lar tu in shaa Allah. Kalau ada halangan mereka akan talipon bagitau.' Lancar kata kata bergelonsoran dipendengaran namun jauh di sudut hati masih tertanya tanya ' macam itu jer ke?' Sebab saya berharap sangat umrah ini saya tidak sendirian.

Sepanjang menanti tarikh bertolak sejujurnya terasa kalau berjalan seperti tidak jejak kaki ke bumi. Antara boleh dengan tak boleh saya merayu dan berserah nasib pada Allah. Dia Maha pengatur segala gala dengan sebaik baiknya in shaa Allah. Banyak cerita dan pengalaman rakan rakan yang mahu menunaikan umrah ada ketikanya tiba saat akhir visa tidak diluluskan. Dan ada juga pasangan suami isteri visanya cuma lepas untuk suami. Walaupun saya pasrah dengan ketentuan namun masih lagi kuat berpaut harapan.

8 disember mula membeli sedikit sedikit keperluan untuk dibawa. Itu pun di kedai sahabat yang dekatnya cuma selang beberapa pintu dari kedai saya. Tiket penerbangan pun saya ambil keesokan harinya dari Johor ke Penang. Niat saya hanya untuk tidak menambah nambah masalah dalam perjalanan pergi nanti. Hanya Allah yang tahu beban harap di dalam hati. Antara nawaitu dan pandangan kata kata orang, saya berpegang kepada niat asal.

10 disember sebelum maghrib berkejaran dari hotel untuk hadir di majlis doa selamat yang disiapkan oleh en Shukri di surau Bertam Lake Homes. Kebetulan waktu sampai saya di airport serentak dengan masa orang pulang dari kerja, trafic sesak di atas jambatan Pulau Pinang. Sepanjang jalan dari airport ke Al Jannah lirik mata sentiasa memandang luas alam ciptaan Tuhan. Bergayutan rasa sayu dan pilu di tubir mata. Hiba datang dari segenap arah yang tidak pasti punca asalnya. Hati yang mudah tersentuh saya padamkan dengan memanjatkan doa kepadaNya supaya sentiasa tenang dan terjaga.





11 disember, mula berkumpul di rumah tuan Pengarah Urusan Al Haddad Group di Bertam Perdana Lake Homes selepas solat jumaat. Sempat juga minta pertolongan en Azman belikan dua quran kecil untuk saya guna kerana satu beg kecil untuk keperluan ibadah tertinggal di rumah. Alhamdulillah diberikan dengan ikhlas tanpa bayaran dua quraan kecil dan dua naskah surah yasin untuk dibawa bersama hati yang seperti karam dalam resah gelisah. Semoga Allah membalas segala jasa baik. Kerana terlampau excited terkadang kadang saya lihat dibayang bayang sendiri seperti rusa kedunguan. Sekali sekala saya renung mata iman yang tampak tenang bersahaja.

Alhamdulillah setelah di azankan di hadapan rumah tuan CEO sejurus sebelum kaki melangkah bermusafir menuju baitullah, singgah solat sebentar di masjid Abdullah Fahim sebelum episod pejalanan mencari cinta bermula. Sepanjang  menuju ke KLIA saya berbicara sendirian dalam doa mengharap redho Allah. Semoga Allah berkati perjalanan kami.. Aamiin











Tiada ulasan:

Catat Ulasan