Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Selasa, 21 Februari 2012

SEKITAR PELANCARAN TAMAR COCOA

Alhamdulillah, dengan kehadiran yang tidak dijangkakan seramai 120 ahli baru memenuhi ruang Dewan Perdana, Hotel Taiping Perdana pada tanggal 18 febuari 2012 untuk meraikan perasmian KISDAD dan majlis pelancaran Tamar Cocoa produk terbaru keluaran Al Haddad Marketing.




















































































Ahad, 12 Februari 2012

Santai-santai At Selatan..

10 Febuari 2012 ~ Mesyuarat AJK kali pertama.






















Rabu, 8 Februari 2012

INDAH DI MATA MENGGAMIT DI HATI

Masjid Kristal Kuala Trengganu..Sekadar kristal, tempat memahat kenangan..












Ahad, 5 Februari 2012

Maha Kaya Allah

Sudah agak lama saya menyimpan gambar ini, ingin berkongsi bersama sahabat akan kebesaran Allah SWT dalam memperlihatkan setiap apabila Allah berkehendak dan menghendakinya dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman "jadilah" maka jadilah ia.

Beberapa kali saya minta keizinan untuk menggunakan gambar ini sebagai bahan renungan bermula dari tuan yang empunya diri berada di puncak orang-orang yang hebat minda motivasinya sehinggalah beliau  mampu berdiri dalam peroses untuk membangun empayar perniagaan sendiri, hanya semata-mata kerana bimbang dengan fitnah dan riak hati.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya, walaupun sayang sekali hanya tinggal satu dari sepasang gambar yang masih ada setelah dua tahun tersimpan.


Gambar ini dirakam sendiri oleh ustaz Radzi salah seorang pengamal perawatan Bekam Sunnah ketika beliau melakukan rawatan bekam di kiri dan kanan pinggang Tuan Syed Ageel bin Syed Mohd Mahayadin Al Haddad, pemilik rangkaian Al Haddad Marketing Sdn Bhd.

(Yassiin:82)

  " Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya "Jadilah!" maka terjadilah ia'


Apa yang ingin saya paparkan hanyalah sejenak mengamati tentang kebesaran Allah sama seperti yang terlihat pada setiap tempat dan keadaan yang Dia mahukan.

kalimah-allahd-kasymir.jpg
Di langit


di lautan


Pada tumbuhan


Pada Haiwan


Pada setiap bencana alam.

Paparan Bismillah yang terbentang selepas tragedi tsunami di Jepun. Mampukah kita menjangkau segala pengajaran atau amaran yang telah Allah perlihatkan....Wallahualam..



Rabu, 1 Februari 2012

DARI YANG TERBAIK...

SEMUANYA ADA DALAM TAMAR COCOA!!!
KELUARAN AL HADDAD MARKETING.

SENTIASA CERIA DENGAN NIKMATNYA!

Rasulullah SAW bersabda,
Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkansebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.


Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".


Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.



KHASIAT DAN KEBAIKAN KOKO
1) Makanan Lengkap dan Seimbang
Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko.
Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E.
2) Benteng Kerosakan Gigi
Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

3) Bukan Penyebab Kegemukan
Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.

4) Mengawal Kencing Manis
Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis.
5) Baik Untuk Kulit
Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.
6) Menghalang Jerawat dan Parut
Asid lainoleik di dalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan mengurangkan parut.

7) Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan
Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.


SEMUANYA ADA DALAM TAMAR COCOA!! CERIA DENGAN NIKMATNYA...