Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Selasa, 26 Mac 2013

Buah Zaitun..Khasiat dan keistimewaannya..




“Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.“

Al-Quranul karim adalah perbendaharaan dan khazana ilmu pengetahuan. Padanya mengandungi seribu satu misteri yang perlu ditimba dan dikaji oleh manusia.Antara keistimewaan yang terkandung dalam Al-Quran ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tandatanya para saintis dan Ilmuwan mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun demikian, terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w yang menyinari serta memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut. Kebanyakan dari tumbuhan yang disebutkan dalam Al-Quran adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat bagi manusia.

Di antara tumbuhan yang disebut didalam Al-quran dan Hadis Nabi s.a.w. ialah:
1) Madu
2) Tiin
3) Zaitun
4) Kurma
5) Habbah as-sauda
6) Delima
7) Anggur

Firman Allah s.w.t yang bermaksud diantaranya, "Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2).

Telah dimaktubkan didalam Al Quran berkenaan buah zaitun, ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki secara meyeluruh. Zaitun telah disebut sebanyak 7 kali didalam Al-Quran di mana 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah-buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Melalui kajian-kajian sains semasa, dunia kini telah, mengiktiraf khasiat buah dan minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan 'oleic acid' yang terdapat didalamnya. 



Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dihasilkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang muda bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai 'laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan 'phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung.Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:

" Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)”.

Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??

HADITH:-

1. "MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2. "ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz " ke-1". Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. 

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis. Resiko Terjadinya Penyumbatan (Trombosis) dan Penebalan (Arteriosklerosis) Pembuluh Darah.dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
Manafaat buah zaitun dari berbagai tinjauan:

1) Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. 

2) Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. 

3) Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. 

4) Kajian lain yang dijalankan diUniversiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. 

5) Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. 

6) Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

7) Hippocrate berpendapat bahawa menggambil minuman jus zaitun yang segar dapat merawat penyakit mental dan gangguan percernaan. Mengikut Dr. Samul, dari Universiti Hrvard Amerika, semasa meyampaikan ucapan beliau di Organisasi Penyakit Sistem Pencernaan Amerika pada Oktober 2000, beliau menegaskan bahawa gizi yang terkandung dalam minyak zaitun mempunyai kesan positif dalam melindungi tubuh dari penyakit kanser lambung.

8) Dalam kajian Dr. Dimitrrios trichopoulos dari bahagian Epideminologi Universiti Harvard,wanita yang menggambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka menunjuk penurunan 50% dari resiko jankitan kanser payudara. Dalam satu kajian yang dikeluarkan olih majalah Archives of Internal Medicine edisi Agust 1998, penggambilan sesudu makan minyak zaitun setiap hari dapat menghindari serangan kanser payudara sehingga 45%.

9) Dalam sebuah kajian yang disiarkan pada bulan December 1999 olih majalah AMJ CLIN NUTRL, para pengkaji menyatakan bahawa nutrisi yang kaya dengan kandungan minyak zaitun bolih menggurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan terhadap terbentuknya pembekuan darah dan seterusnya mengurangi terjadinya penebalan pembuluh saluran jantung.

10) Dalam majalah Kanser Britania yang disiarkan pada bulan Mei 1996, satu kajian yang telah dilakukan keatas seramai 145 wanita yang terkena jangkitan kanser rahim dibandingkan dengan wanita yang menggamalkan penggambilan minyak zaitun dalam pemakanan mereka, ternyata wanita yang menggamalkan penggambilan minyak zaitun itu lebih sedikit menggalami kanser rahim.

11) Majalah Dertmatdogg Times edisi bulan Augus 2000 menyatakan dalam satu kajian yang dilakukan keatas mereka yang menggunakan minyak zaitun dan berjemur setelah berenang sebagai krim kulit, mereka terlindung dari terkena kanser kulit melanoma.

12) Dalam satu kajian keatas 40 orang wanita yang meyusui anak yang dilakukan olih Universiti Barcelona, Spanyol, yang disiarkan pada keluaran edisi February 1996. Contoh ASI mereka diambil, pera penkaji mendapati kebanyakan lemak yang terkandung dalam ASI nya jenis lemak yang berantai tunggal. Jenis lemak ini digulongkan sebagai lemak terbalik yang seharus diminum olih manusia dan jenis lemak yang hampir sama terdapat dalam minyak zaitun.

13) Buat pertama kalinya dalam sejarah, pada 21 April 1997, terkumpulnya seramai (16) enam belas doktor pakar yang tersohor dari belainan kemahiran berkumpul dikota Rom mendekelarasikan bersama akan kebaikan “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah”.

CARA PENGAMBILAN:


1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus-sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

KANDUNGAN NUTRISI



Nutrisi yang terdapat dalam buah zaitun dengan nilai Per 100 gram makanan: 
Air: 79.99g, Energi: 115 kcal, Energi: 481 kj, protein: 0.84 g. Jumlah lemak 10.68g, karbohidrat: 6.26g, Serat: 3.2g, Ampas:2.23g

Memilih dab mengenali Tingkatan Kualiti Minyak Zaitun



Terdapat beberapa jenis minyak zaitun dalam pasaran secara Am nya: Extra Virgin, Virgin, Pure, Extracted and Refined, dan Pomace.

1) Minyak zaitun Extra Virgin dihasilkan dari zaitun berkualiti nomor 1. Dihasilkan hanya dengan pemerahan sekali sahaja tanpa haba / pemanas, dan tidak lebih. Tingkat keasamannya(asid) tidak melebihi dari 1% saja. Rasa dan aroma buahnya kuat. Jenis minyak zaitun ini sangat dianjurkan untuk kesehatan. Artinya bolih dimakan / minum terus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad

2) Yang kedua, minyak zaitun Virgin. Ia diproses dengan cara tekanan dam pemerahan biasa tanpa haba atau pemanas. Minyak zaitun Virgin diambil dari buah zaitun yang lebih matang, sehingga tingkat keasamannya agak tinggi dibandingkan Extra Virgin, yakni berkisar 1 sampai 5%. Masih bolih diminum atau campur dalam makanan secara terus. Berwarna hijau kekuningan

3) Yang ketiga, Pure. Minyak zaitun yang dihasilkan dari campuran minyak zaitun hasil sulingan dan minyak zaitun Virgin. Yang perlu diperhatikan adalah tehnik penyulingan disini sudah tentu menggunakan haba / panas, dan sedikit campuran bahan kimia. Adapun penambahan minyak zaitun Virgin sebagai penaik rasanya. Tingkat keasaman(asid) minyak zaitun Pure berkisar 3 sampai 4%. Minyak zaitun ini biasanya dipakai untuk memasak. Berwarna kuning keputihan

4) Yang keempat, minyak zaitun Extracted and Refined. Minyak zaitun ini dibuat dari sisa pemerahan hasil pertama, dengan menggunakan pelarut kimia. Minyak zaitun Virgin juga ditambahkan sebagai penaik rasa. Tingkat keasamannya lebih tinggi dari 3,3%. Berwarna jernih sedikit kekuningan

5) Yang kelima, Pomace. Minyak zaitun yang dibuat dengan ekstrak kimia dari hampas / sisa pemerahan dan pemrosesan kedua. Tingkat keasamannya 5-10%, minyak zaitun Virgin juga ditambahkan sebagai penaik rasa dan aroma zaitun. Minyak zaitun Pomace, biasanya dipakai sebagai bahan bakuuntuk kecantikan, sabun, shampo atau lainnya.

Dengan ini, maka tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.



Info Herba & Tumbuhan....

Jumaat, 22 Mac 2013

Herba Dan Perawatan

Definisi Herba

Herba adalah segala bahan (tumbuh-tumbuhan, garam, batu-batuan dan galian) yang mengandung satu atau beberapa bahan aktif yang dapat digunakan untuk tujuan pengubatan.


Definisi Herbalis / Hakimi

Herbalis / Hakimi adalah orang yang memiliki kepakaran (arif) dan kecakapan (sklill) dalam bidang pengobatan (terapi) dengan menggunakan herba-herba alami.

Tujuan penggunaan herba adalah untuk mengembalikan keseimbangan tubuh dan bukan sekedar untuk menyembuhkan penyakit (Release, Relax, Regeneration dan Refunction) Dan sebaiknya penggunaan herba dilakukan secara sinergi (tidak berdiri sendiri, namun diikuti dengan menggunakan herba lain yang memiliki sifat berbeda dari herba yang kita konsum bertujuan: Mempercepatkan penyembuhan, Menambah khasiat ubat, mengurangi sifat kerasnya ubat dan menghilangkan efek samping.

Tahap fungsi herba, adalah sebagai berikut : 

1. Membuang (mengeluarkan):dalam proses ini segala racun/toksid dalam tubuh di keluarkan (detoksifikasi).
2. Meyenang (mengistirahatkan):peringkat ini tubuh diletakan dalam keadaan yang stabil dimana keadaan suhu, alkali (basa), dan acid (asam) berada dalam tahap yang paling baik,agar dapat membantu fungsi sistem imunitasi.
3. Menghasil (menggantikan dengan yang baru): sel-sel yang mati/rusak di ganti dengan yang baru, dimana herba dengan antioksidannya dapat bertindak sebagai antiaging dalam pencegahan penyakit-penyakit degeneratif.
4. Mengerak (mengembalaikan fungsi): setelah proses di atas berjalan sempurna, maka organ – organ akan berfungsi normal kembali, sebagaimana Allah ciptakan.

Sifat Penggunaan Herba : 

1. Harus yakin terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t karena ALLAH s.w.t. lah yang menciptakan penyakit, Dia pula yang akan menciptakan ubatnya. Sesungguhnya sifat tawakal akan membawa diri kita menjadi lebih tenang dan secara otomatis akan mengpengaruhi kondisi organ dalam tubuh kita. Menurut hasil penelitian, 50% kesembuhan suatu penyakit disebabkan oleh kekuatan spiritual seseorang, selebihnya berupa emosi berperan sebesar 20%, mental berperan sebesar 20% dan fisik hanya sebesar 10% saja.
2. Harus dimakan/minum secara rutin. Karena ubat-ubatan herbal berbeda dengan ubat-ubatan kimia. Proses penyembuhannya pelahan tetapi pasti. Berbeda dengan ubat-ubatan kimia, ubat-ubatan herbal bersifat memperbaiki organ yang rusak dari sumbernya.
3. Sukatan yang betul. Dalam hal penentuan sukatan bagi ubat-ubatan herbal tidak sama sebagaimana ubat-ubatan kimia karena ubat-ubatan herbal tidak memiliki aksi khusus seperti ubat-ubatan kimia. Untuk penentuan sukatan harus dilakukan secara sederhana (cuba dan gagal) yaitu dengan memperhatikan tanda-tanda yang muncul dari setiap sukatan. Pemberian dimulai dari sukatan yang rendah kemudian sedikit demi sedikit dinaikkan sampai ketika pesakit mulai memiliki gejala mual-mual maka sukatan dikurangi sedikit. Atau dengan menggunakan aturan umum dimana 1gm herbal mewakili 10 kg berat badan atau <> 40 Kg : 2 - 4 kapsul/hari
4. Berlaku hukum DOC (Direct of Cure). Dalam hal ini seorang pesakit yang menggambil herbal pada pertama kalinya, terkadang akan merasa sakit yang sangat seperti saat tersakit yang pernah dia rasakan. Kalau terjadi demikian, pengobatan jangan dihentikan tetapi perhatikan hal-hal berikut : Meminum air yang secukup (2,5 liter sehari), memakan herbal setelah makan, (kurangi sukatannya). Atau terkadang saat terjadi DOC akan timbul beberapa gejala penyakit lain seperti jerawat dll.


Hal-hal yang membuat herbal menjadi tidak berkesan : 
• Mind set kita terhadap herbal 
• Tekanan perasaan / Stress 
• Sembelit / susah Buang Air Besar 
• Pengambilan air yang kurang 
• Terlalu banyak ledir / kahak 
• Keadaan tubuh terlalu asam/asidik 
• Tidak mengikut jadual tetep dalam pengambilan ubat 
• Sukatan yang tidak mencukupi

Klasifikasi Herba Berdasarkan Teori Ibnu Sina 

“Setiap yang manis itu panas sifatnya dan setiap yang masam itu sejuk sifatnya“

• Panas / Lembab (Pahit) 
• Panas / Kering (Aromatik) 
• Sejuk / Lembab (Manis) 
• Sejuk / Kering (Kelat)

Dari keempat klasifikasi diatas, Ibnu Sina membagi sifat asal penyakit dan sifat asal herbal menjadi 4 bagian : 

1. Panas - Kering : untuk penyakit-penyakit yang berhubungan dengan jantung dan paru-paru. Herba yang berada pada zona ini adalah herba-herba yang bersifat aromatik.
2. Sejuk - Kering : untuk penyakit-penyakit yang bersumber dari darah. Herba-herba yang berada pada zona ini adalah herba-herba yang bersifat kelat.
3. Sejuk - Basah : untuk penyakit-penyakit yang bersifat radang dan ginjal. Herba-herba yang berada pada zona ini adalah herba yang bersifat sejuk.
4. Panas - Basah : untuk penyakit-penyakit yang berhubungan dengan unsur angin seperti usus, hati, limpa dan lain-lain. Herba-herba yang berada pada zona ini adalah herba-herba yang bersifat pahit.

Proses penentuan sifat asal penyakit dan sifat asal herbal berdasarkan pada pemereksaan keatas pesakit. Pemerksaan dilaku melalui rasa denyutan nadi dan melihat lidah pesakit. Ada berbagai cara merasa denyut nadi pesakit, namun cara yang paling mudah dilakukan adalah dengan meletak 4 jari kita diatas pegelangan tangan pesakit selari dengan Ibu jari.


Prinsip Herbalogi

Menggunakan bahan yang bersifat alami, tidak menggunakan bahan-bahan sintetik. Herba terbaik adalah herba yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, seperti madu, habbatusaudah, minyak zaitun dan termasuk herba-herba yang tumbuh disekitar kita. Rasulullah pernah bersabda tidaklah suatu penyakit diturunkan melainkan Allah juga menyertakan obat-obatnya.

Ayat-ayat dalam Al-quran yang berhubungan dengan herbal dan firman Allah s.w.t. untuk manusia untuk menggunakan nya :

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. (QS. An Nahl [16] : 11)

Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu. (QS.’Abasa [80]: 27 - 32)

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (Al Baqarah [2]: 168-169)

Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. (QS.’Abasa [80]:24)






.....Sumber Herba & Tumbuhan..

Selasa, 19 Mac 2013

EVENING PRIMEROSE

Evening Primrose adalah makanan dan ubatan yang mempunyai sejarah panjang kegunaannya sebagai ubat alternatifDaun dimasak dan dimakan sebagai sayur-sayuran dan akar dikatakan manis berair dan lazat seperti kentang apabila direbusBunganya sedap dan manis dijadikan sebagai salad atau sebagai hiasan dan tunas muda dibuat kukusTumbuhan ini adalah makanan ruji bagi kebanyakan puak-puak asli di AmerikaDahulunya ia ditanam untuk khasiat akar yang boleh dimakan, kini ia ditanam untuk minyak yang terkandung dalam biji yang mengandungi asid gamma-linoleinc (GLA) yang pentingasid lemak yang amat berharga yang tidak terdapat dalam kebanyakan tumbuhan lain dan mempunyai pelbagai fungsi terpenting untuk tubuh badan. Buahnya berbentuk buju rmengandungi banyak biji-biji kecil kemerahanEvening Primrose mekar dari Jun hingga SeptemberKeseluruhan tumbuhan boleh dimakan. Akar tumbuhan Evening Primrose dimakan di beberapa negara pada musim bunga, orang Perancis sering menggunakannya dalam salad.GLA adalah asid lemak terpenting yang tidak dihasilkan oleh badanAsid lemak ini dikenali dapat membantu mencegah pengerasan arteri, penyakit jantung, ekzema, sirosis, artritis reumatoid, menopaus, PMS, sclerosis gandaan, dan tekanan darah tinggi. Ia mempunyai kesan positif  ke atas tindak balas hormon seks termasuk hormon estrogen dan testosteron, membantu dalam menurunkan tahap kolesterol, dan adalah penting dalam merawat sirosis hati. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minyak primrose membantu melegakan kesakitan dan  keradangan. Minyak ini juga mempunyai kesan positif ke atas otot rahim, sistem saraf dan metabolism. Kulit kayu dan daun bersifat astringen dan sedatif.  Primrose adalah herba berkesan, apabila digabungkan dengan herba lain. Bersendirian, Primrose adalah sedatif  ringan, sering digunakan dalam merawat penyakit gangguan saraf, seperti menggeletar, keresahan, dan insomnia. Ia juga digunakan sebagai anti-inflamasi dalam rawatan artritis.


MINYAK EVENING PRIMROSE DAN GLA:
Minyak Petang Primrose dikatakan sebagai penemuan pencegahan paling sensasi sejak penemuan vitamin C. Ia mengandungi sebatian Phenylalanine yang melegakan kesakitan dan semakin banyak digunakan dalam merawat sakit kepala kronikIa kini sedang dikajidi seluruh dunia sebagai rawatan untuk masalah penuaan, penagihan alkoholjerawat, penyakit jantung, hiperaktif di kalangan kanak-kanaksclerosis gandaan, pengawalan berat badan, obesiti, PMS dan schizophrenia. Terdapat banyak ciri-ciri berkualiti pencegahan dan terapeutik sehinggan ia menjadi sebahagian dari cadangan para herbalis dalam mengekalkan keremajaan dan pencegahan penyakit.
Mminyak Petang Primrose telah menjadi makanan tambahan yang terkenal semenjak tahun 1980anKajian menunjukkan bahawa minyaknya sangat berpotensi dan berharga dalam merawat sclerosis bergandaketegangan pra-haidhiperaktif dan lain-lain Ia juga diambil secara dalaman bagi rawatan ekzemajerawat, kuku rapuh, artritis reumatoid dan kerosakan hati disebabkan pengambilan alkoholPenggunaan berterusan minyak membantu mengurangkan tahap kolesterol darah dan menurunkan tekanan darah.
Minyak Evening Primrose mengandungi kepekatan tinggi asid lemak yang dipanggil GLA dan asid lemak inilah yang bertanggungjawab pada ciri-ciri penyembuhan luarbiasa tumbuhan iniMalah, Evening Primrose mengandungi kepekatan tertinggi bahan terpenting ini berbanding beberapa tumbuhan lain, ini menjadikan Evening Primrose sebagai herba ubatan terpentingdisamping kajian terus dijalankan, menjadikan  senarai manafaatnya terus bertambah. Asid gamma linoleik, asid linoleik dan kandungan nutrient lain dalam minyak ini, penting untuk struktur sel dan keanjalan kulit. Asid lemak ini turut membantu mengawal hormone dan memperbaiki fungsi saraf, membantu masalah di sebabkan  PMS hingga ke sakit kepala di sebabkan dari  migrain. Kesan pengimbangan hormone menyumbang kepada tisu payudara yang sihat. Evening Primrose, star flower (borage) dan biji minyak black-currant kaya dengan sumber dari asid lemak penting, asid gamma linolenic (GLA). Walaupun pengamal perubatan dihadkan dalam penetapan penggunaan minyak petang primrose kerana kekurangan bukti keberkesanan secara klinikal, tetapi dalam masa yang sama berjuta-juta orang di seluruh dunia mendapati supplement GLA mendatangkan manafaat, dalam mengekalkan kualiti kulit secara am, melegakan gatal kulit kering dan membantu melegakan sindrom pra-haid. Ia mengambil masa sehingga 3 bulan untuk melihat kesan mujarab.
Minyak petang primrose (Evening primrose oil (EPO) dihasilkan dari biji evening primrose dan diguna secara meluas dalam merawat masalah kulit seperti ekzema, psoriasis dan jerawat.EPO turut digunakan semasa kehamilan untuk mencegah keadaan kehamilan tidak normal yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi dan takungan cecair dan albuminuria; yang boleh membawa kepada komplikasi (eclampsia) jika tidak dirawat (preeclampsia), dari waktu mulamenggandung, memendekkan waktu bersalin dan mencegah bersalin lewat. Kaum wanita juga menggunakan minyak petang primrose dalam merawat PMS, sakit payudaraendometriosis, gejala-gejala menopaus dan lempahan panas (hot flashes).
Disamping manafaat yang disenaraikan di atasEPO turut digunakan untukrheumatoid arthritis, osteoporosissindrom Raynaudmultiple sclerosis,sindrom SjogrenADDalkoholismapenyakit Alzheimerschizophreniaasma,kanserkolesterol tinggisindrom keletihan kronikkerosakan saraf disebabkan diabetesdyspraxiapenyakit jantunghiperaktif,sakit kakineuro-dermatitis, obesiti dan kehilangan berat badan, batuk kokol dan gangguan gastro-usus termasuk ulser kolitis, sindrom usus terganggu dan penyakit ulser peptik .EPO bertukar kepada bahan seakan hormon yang dipanggil sebagai prostaglandin E1yang mempunyai ciri-ciri anti-radang yang bertindak sebagai pencair dan peluas saluran darah (blood vessel dilator).
Biji matang mengandungi kira-kira 7-10% gamma-linolenic acidasid lemak. Minyaknya turut mengandungi asid linoleic sekitar 70%. Minyak biji O. biennis digunakan untuk mengurangkan kesakitan pada sindrom tekanan pra-haid (premenstrual stress syndrome), bagaimanapun bukti saintifik semasa tidak menyokong penggunaan umum bagi rawatan PMS. Kapsul dari minyak Evening Primrose telah digunakan oleh kaum wanita hamil secara lisan dalam usaha membantu kemantangan serviks (cervical ripening), walaupun ia tidak memendekkan tempoh kehamilan atau bersalin. Terdapat juga laporan mengatakan sesetengah wanita memasukkan kapsul minyak Evening Primrose kedalam rahim semasa minggu ke-28 kehamilan (third trimester of pregnancy), untuk membantu kemantangan serviks. Asid Gamma-linolenik turut menunjukkan harapan terhadap kanser payudara. Beberapa kesan sampingan dari menggunakan minyak petang primrose diantaranya adalah gatal-gatal, sakit tekak dan angin-angin (gassiness)sama ada teruk atau melampau. Minyak Petang primrose juga telah digunakan untuk kesakitan pada payudara (termasuk kesakitandisebabkan kitaran haid). Kegunaan Minyak Petang primrose tidak menunjuk kesan mencegah atau merawat kanser.
Dalam kajian terkawal di PusatPenyaki treumatik, pesakit diberi 540 mg EPO setiap hari, menyebabkan rasa kurang sakit pada ke radangan  dan penyembuhan ketara dalam tempoh 12 bulan berbanding tiada peningkatan dalam kumpulan plaseboMenjelang 12 bulan pesakit yang menerima EPO dan EPO/ minyak ikan telah berkurangan atau berhenti pengambilan penahan sakit NSAID mereka, sementara langkah-langkah aktiviti penyakit tidak memburuk.Apabila pesakit berhenti dari pengambilan EPO kesihatan mereka kembali merosot semula (relapsed).
Tindakan Ubat dan Kegunaannya: Astringen dan sedatif, ubat yang diekstrak daripada tumbuhan iniwalaupun tidak digunakan secara umumtelah diuji dalam berbagai segi, dan telah digunakan dengan berjaya dalam merawat asal fungsi gangguan gastro-ususasma dan batuk kokol (whooping cough). Ini telah dibuktikan dengan penggunaannya keatas penyakit dispepsiaketidak aktifan hatidan masalah aduan wanitaseperti kekembungan pelvik (pelvic fullness).
Kesan Sampingan: Perut meluasloya,najis lembutatau berlaku sakit kepala.Jika mana-mana kesan ini berterusan ataumemburuk, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi. Alahan terukdari produk ini amat jarang berlakuWalau bagaimanapun, dapatkan rawatan dengan segerajika terdapat gejala tindak balasalahan terukruam, gatal-gatal /bengkak(terutama pada muka /tekak / lidah), teramat pening, masalah penafasan dan kesan lainyang tidak tersenaraidi atashubungi doktor anda atau ahli pharmacist.
FITOKIMIA DAN JUZUK  EVENING  PRIMROSE
Kaya dengan asid lemak penting dikenali sebagai asid gamma-linolenik (GLA), terbaik untuk kesihatan.GLA adalah  blok bangunan untuk pelbagai bahan kimia prostaglandin seakan hormon penting untuk beberapa sistem tubuh badan.
Tindakan: Alternatifpengatur hormonsumber penggunaan asid lemakmengguna kimia yang dipanggil heksanaminyak diekstrak dari biji dan disediakan sebagai ubatanKaedah pilihan adalah bebas kimiadan menggunakan pengekstrakan secara 'perhan-sejuk'
Biji mengandungi asid lemak penting atau (Essential Fatty Acids)EFAyang merupakan sebahagian keperluan daripada diet kitaEFA dalam biji evening primrose adalah asid linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA)Kerana GLA diketahui menjejaskan sistem dalaman badan menyebabkan atau mengurangkan keradangan, ia kemungkinan mempunyai peranan penting dalam merawat pelbagai penyakit terutama yang menyebabkan kesakitan dan keradangan.
Evening primrose telah digunakan dalam makanan dan perubatan di masa lampau, ia sering digunakan untuk sakit perut dan jangkitan pernafasan. Kaum asli Amerika memakannya secara rebusan, akar tumbuhan berperisa seperti kacang dan daun tumbuhan digunakan sebagai pembalut luka (poultices) lebam dan buasir.
Kini, Keutamaan minyak dari biji evening  primrose (EPO) digunakan untuk melegakan gatal-gatal yang dikaitkan dengan keadaan kulit tertentu (seperti ekzema) dan untuk melembutkan ketegangan payudara dari sindrom pra-haid (PMS) atau sebab-sebab lainIa dianggap amat berpotensi dalam merawat pelbagai keadaan termasuk:
Di tunjukkan untuk: Jerawat, alahanarterio-sclerosisasma, peraturan kolesterolsakit kepala kronikkerosakan saraf disebabkan dari diabetes, dermatitis, ekzema, hiperaktif di kalangan kanak-kanakkolesterol tinggi, mati pucuk dan  kemandulan wanita, keradangan, lupus, sklerosis berganda,kesihatan prostat, psoriasis, obesiti, artritis reumatoid, rosacea, scleroderma,merawat, kekurangan memori disebabkan Alzheimer's, gangguan perut, mencantikan kuku, kulit kepala dan rambutMencegah gejala di sebabkan dari pengambilan alkoholMelegakan ketidak selesaan PMS (sindrom premenstrual), haid, endometriosis danKehadiran satu atau lebih cysts dalam payudara (fibrocystic). mengurangkan ketegangan payudara pra-haidusus mudah kembung, ketagihan karbohidratdan  membantu mengawal keradangan disebabkan endometriosis.
Alahan:Terutamanya ruam kulit atau gatal-gatal.
Ekzema:Termasuk kemerahan dan bersisik disamping gatal-gatal.
PMS:Termasuk perubahan mood dan kekembungan disamping pembengkakan payudara.
Artritis: Reumatoid utama.
Mata kering:Desebabkan dari sindrom Sjogren(keadaan bergejala dari mata keringmulut keringdan, keseringan, artritis).
Persisian Neuropati (Peripheral Neuropathy)Mengalami keadaan saraf kebas-kebas, kesemutan, kesakitan, panas atau kekurangan deria ditapak kaki dan /atau kakidari diabetes.
Gejala Menopaus:WalaupunEPOmendapatpopulariti dalam merawat lempahan panas (hot flashes)penyelidikan sehingga kini masih belum dapat mengesahkan bahawa GLA atau EPO bermanafaat untuk gejala iniTerdapat juga wanita individu yang melaporkan penyembuhan dengan mengguna EPO / GLA semasa lempahan panas. Bincang dengan doktor anda penggunaan EPO atau lain bentuk makanan tambahan GLA untuk mengurangkan hot flashes.
Berat badan:Terutamanya jika mempunyai sejarah keluargaobesiti.
Alkoholisma: EPO dapat membantu mengurangkan keinginan untuk pengambilan alkohol dan mencegah kerosakan hatiLebih banyak penyelidikan diperlukan berkenaan ini.
Anti-cholesterolemic: AstringenhypotensiveMiscellanSedatif.

APAKAH ITU GLA?   
GLA merupakan perantara dalam penukaran asid lemak penting, asid linoleik, siri 1 dan 2 prostaglandin dan leukotrienes. ia terlibat dalam kebanyakan tindak balas metabolik, membantu menjadi pengantara keradangan, pembekuan darah, keseimbangan hormon dan tindak balas imun. Hanya mereka yang alah kepada pengambilan EPO tidak perlu mengambilnya dan mereka yang mengalami gangguan rare disorderyang dikenali sebagai temporal lobe epilepsy kerana ia boleh menjadikan keadaan mereka lebih teruk (walaupun ia telah digunakan dalam rawatan (diagnostically) membezakan diantara TLE dan schizophrenia).
BAGAIMANA  EVENING PRIMROSE  MEMBANTU:

Evening Primrose dapat meringankan pelbagai keadaan, terutamanya yang terhasil dari ketidak keseimbangan asid lemakkeradangan kulitatau kekurangan imun.
GLA  DAN  EKZEMA:
Penyebab umum kepada merebaknya gatal-gatal dan kulit kering berpetak-petak dikalangan warga tua (xerosis) adalah disebabkan dari kekurangan asid lemak utama dalam pemakanan. Gejala ini lebih teruk dalam golongan penderita ekzema. Satu ulang-kajian keatas sembilan kajian yang dilaporkan sehingga tahun 1989 mendapati minyak petang primrose dapat mengurangkan gejala-gejala ekzema selepas beberapa bulan penggunaannya, dengan pergolakan terbesar dilihat pada pengurangan tahap gatal-gatal. Satu korelasi positif ditemui antara peningkatan dalam skor klinikal dan peningkatan dalam tahap asid lemak. Dalam satu ujian keatas orang dewasa yang  menghidap ekzema diberi sama ada 2g, 4g atau 6g EPO setiap hari, dan kanak-kanak turut diberi  sama ada 2g atau 4g EPO setiap hari, pemulihan klinikal amat ketara, terutamanya pada pengambilan dos yang lebih tinggi.
GLA DAN KETIDAK SEIMBANGAN HORMON:
Ramai wanita mengambil EPO untuk membantu mengekalkan keseimbangan hormon yang sihat, dan sesetengah bukti menunjukkan ia membantu dalam sindrom pra-haid. Walaupun tidak semua keputusan adalah selari, EPO sudah pasti amat membantu bagi sesetengah wanita. Sebagai contoh, satu kajian mendapati pengambilan supplement melegakan 95% dari  kekembung dan kesakitan pada payudara (mastalgia), 80%  keresahan (irritability), 74%  mood rendah (low mood), pembengkakan pinggiran (swollen peripheries) 79% dan keresahan (anxiety) 53%.  Ia turut dilakukan  ketas kedua-dua kesakitan; payudara (mastalgia), kitaran (cyclical) dan bukan kitaran (non-cyclical). KlinikCardiff Mastalgia melaporkan bahawa 92% daripada 324 pesakit dengan mastalgia kitaran dan 64% daripada 90 wanita dengan mastalgia bukan kitaran mendapat tindak balas klinikal yang baik dari terapi. Danazol adalah ubat bromocriptine bersma minyak petang primrose amat memberi kesan bersama. Bagaimanapun penggunaan EPO lebih baik daripada danazol atau bromocriptine.
GLA Dan ARTRITIS REUMATOID:
Asid lemak penting amat bermanafaat bagi merekayang menderita artritis reumatoid. Dalam satu percubaan, 60%  pengambil GLA dapat menghentikan terapi NSAID sepenuhnya, manakala 25% lagi mampu mengurangkan dos NSAID mereka kepada separuh. Menariknya, pengambilan kedua-duanya evening primrose dan minyak ikan bersama-sama lebih berkesan dengan hanya mengambil EPO sahaja. Kajian lanjutan menggunakan dos yang lebih tinggi mendapati GLA mampu mengurangkan bilangan sendi  tegang atau bengkak.
MELEGAKAN KETIDAK  SELESAAN  PMS,  HAID,  ENDOMETRIOSIS  DAN FIBROCYSTIC  BUAH DADA:
Dengan mengganggu pengeluaran keradangan prostaglandin semasa haid, GLA dalam minyak evening primrose dapat membantu mengurangkan senggugut. Ia juga dapat mengurangkan ketegangan payu dara pra-haid, ketidak selesaan kekembungan usus, ketagihan karbohidrat, dan membantu mengawal endometriosis disebabkan keradangan. Ramai penghidap PMS didapati mempunyai kadar GLA yang luar biasa rendah dalam sistem mereka, kerana itu mereka perlu mengambil supplement tambahan untuk membantu diri mereka. Bagi wanita yang menghadapi fibrocystic payudara, minyak dari asid lemak dapat mengurangkan keradangan payudara dan menggalak penyerapan iodin, satu mineral yang hadir pada tahap yang luar biasa rendah di kalangan wanita dengan keadaan ini.
Mengurangkan Kesakitan pada Sendi dan Pembengkakan PadaArtritis Reumatoid:
Pengambilan supplement minyak evening primrose dan GLA dari sumber lain menunjukkan pengurangkan sakit sendi dan pembengkakan. Satu kajian selama enam bulan melaporkan kekurangan pada tanda-tanda keradangan keatas penghidap artritis reumatoid yang mengambil kapsul yang mengandungi GLA berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo. Dalam cubaan lain, bilangan sendi tegang dan sendi bengkak menurun dengan ketara dengan GLA tetapi tidak dengan plasebo.
Mencegah Diabetes Disebabkan Dari Kerosakan Saraf
Penyelidikan menunjukkan bahawa GLA dalam minyak primrose boleh membantu mencegah, dan dalam beberapa kes menghasilkan keadaan terbalik, kerosakan saraf (neuropathy) yang biasa terlihat dalam kencing manis. Dalam kajian selama bertahun-tahun, gejala seperti kebas, semut-semut, dan kehilangan deria keatas peserta dengan diabetes neuropati sederhana kurang ketara kepada mereka yang mengambil minyak petang primrose berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.
Mengurang Gejala Ekzema:
Dalam beberapa kes, ketumbuhan ekzema terjadi apabila badan menghadapi masalah penukaran lemak diet ke GLA. Mengambil supplement tambahan GLA daripada minyak primrose dapat membantu. Beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak GLAdapat mengatasi plasebo dengan melegakan ekzema disebabkan keradangan, serta gatal-gatal, air liur meleleh, dan kulit menggelupas.Dengan pengambilan GLA, penghidap ekzema boleh bertolak ansur dengan mengurangkan dos-dos krim steroid dan ubat-ubatan, yang kebanyakan darinya menyebabkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan.
MEMBANTU MERAWAT JERAWAT DAN ROSACEA (PENYAKIT KULIT DIKALANGAN ORANG DEWASA (TERUTAMA KAUM WANITA) URAT DARAH DI MUKA MENGEMBANG  MENYEBAB MUKA KELIHATAN MEMBENGKAK MERAH):
Dengan bekerja untuk mencairkan sebum (Rembesan minyak kelenjar sebum;dengan berpeluh ia melembab dan melindungi kulit), bahan tebal berminyak yang terhasil dan berkembang  dalam sel atau cecair tubuh pada sesetengah orang berjerawat, asid lemak utama dalam minyak petang primrose dapat  mengurangkan risiko liang roma daripada  tersumbat dan terjadi luka-luka. Minyak EFA membantu merawat rosacea dengan mengurangkan keradangan, mengawal penggunaan nutrien oleh sel-sel dan menghasilkan prostaglandin, untuk merangsang pengecutan saluran darah.
MEMERANGI KEROSAKANDISEBABKAN SCLEROSIS BERGANDA:
Multiple sclerosis. Multiple sclerosis, atau MSadalah penyakit kronik auto-imun keradangan yang menjejaskan sistem saraf pusatmenyebabkan kerosakan saraf, masalah penglihatan, dan kelemahan otot. Seorang Ahli herba British David  L. Hoffmann, Ph.D.pengarang Buku Panduan Herba, mengesyorkan EPO untuk MS.
Bekalan  keutamaan asid lemak yang banyak dalam minyak primrose amat bernilai dalam mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan lanjutan gangguan saraf (progressive nerve disorder). Asid lemak turut  menyumbang kepada pertumbuhan saraf yang sihat pada jangka panjang.
MERAWAT LEMAH  INGATAN  DISEBABKAN  KERANA PENYAKIT ALZHEIMER
Dengan menggalak dan meningkatkan penghantaran nadi (impuls) saraf,  minyak petang primrose amat bernilai dalam merawat lanjutan gangguan otak (progressive brain disorder).

MENGATASI  MATIPUCUK  DAN KEMANDULAN WANITA:
Dengan menggalakkan aliran darah, GLA dalam minyak primrose membantu merawat punca utama mati pucuk lelaki; membawa peredaran aliran darah ke zakar yang terjejas.Minyak ini sering diambil dengan vitamin C dan ginkgo biloba bagi tujuan ini.Di samping itu, apabila minyak ini diambil dalam jangka waktu panjang, GLA  membantu mencegah penyempitan saluran darah, kebiasaannya disebabkan oleh pembentukan plak dari kolesterol tinggi. Dengan memperelokan fungsi rahim, GLA dapat membantu mereka yang tidak mampu hamil.
MENYUBURKAN KUKU, KULIT KEPALA, DAN RAMBUT:
Kekayaan pundi-pundi keperluan asid lemak dalam minyak petang primrose bukan sahaja mencegah kuku dari retak tetapi iajuga membantu memastikan ia sihat secara umumnya. Di samping itu, keperluan asid lemak menyuburkan kulit kepala, menjadikan nilai supplement ini berpotensi merawat pelbagai masalah rambut.
MENCEGAH GEJALABERPUNCA DARI  PENGAMBILAN ALKOHOL:
GLA mengarah otak untuk menghasilkan jenis prostaglandin khusus yang dipanggil prostaglandin E,  berfungsi untuk mencegah gejala seperti kemurungan dan sawan dengan secara tidak langsung melindungi hati dan sistem saraf.Kajian menunjukkan bahawa EPO dapat membantu penagih alkohol menangani gejala yang dialami semasa tiga minggu pertama mereka berhenti meminumPesakit yang mengambil EPO tidak memerlukan ubat penenang tinggi, dan hati mereka mampu untuk mula berfungsi dengan baik dan dengan lebih cepatPenyelidikan juga menunjukkan, bahawa minyak EPO tidak mempunyai kesan ke atas pencegahan berulang.
Kemurungan.Tryptophan, sebatian kimiayangditemuidalambiji evening primrose, dapat membantumengurangkankemurunganselamatsebagaimana ubat alternatifsintetik, termasuk Prozac.Tryptophanadalahpeloporserotoninotak, yang dikenali kerana kesan menaikan mood.
Kencing manis. Mereka yang ada diabetes mungkin mengalami keadaan yang dipanggil neuropati diabetes, yang boleh menyebabkan kehilangan deria rasa sendi kaki. Kebiasaannya minyak petang primrose dicadangkan untuk penyakit Naturopaths kerana ia kaya dengan tryptophan, membantu merangsang sistem saraf pusat. Kebanyakan tryptophan  EPO hilang semasa proses pengekstrakan minyak,  pengambilan serbuk biji disyorkan sebaliknya.
Ekzema.  Minyak petang primrose telah diluluskan penggunaannya di United Kingdom sebagai rawatan untuk penyakit eczema, keadaan kulit yang menyebabkan keradangan, kemerahan, gatal, panas, dan bersisikKajian keatas haiwan makmal menunjukkan bahawa minyak biji dapat mengurangkan pembengkakanKajian turut menunjukkan minyak  GLA berkesan untuk gatal-gatal kulit lain seperti dermatitis. Ia berguna juga pada gigitan pepijat atau ruam.
Bagi ekzema, herba di ambil secara lisan. Borage dan black currant juga penuh dengan GLA. Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul dan perlu diambil mengikut arahan pengilang.
EndometriosisApabila membran yang sebaris dengan rahim menjadi radang, bahagian bawa belakang dan perut akan merasa sakit, sembelit,dan keputihan mungkin berlakuUbat semula jadi EPO adalah sesuai sebagai rawatan untuk keadaan iniSatu percubaan klinikal menunjukkan  90 peratus daripada wanita yang dirawat dengan asid gamma-linolenik sembuh. Sebatian EPO sememangnya menggalak kesihatan yang baik di kalangan wanita, tapi minyak Evening primrose lebih sesuai sebagai ubat herba untuk menangani PMS daripada merawat endometriosis.
Tekanan darah tinggiApabila tekanan darah lebih tinggi daripada biasa,beban kerja jantung akan meningkat. David HorrobinPh.D., editor jurnal British Perubatan Hypothesestelah menulis secara meluas tentang kepentingan pemakanan dan perubatan GLAmelaporkan bahawa ia berkesan dalam menurunkan kedua-dua kolesterol dan tekanan darah.
Kolesterol tinggi. Peningkatan tahap kolesterol dalam darah meningkatkan risiko untuk penyakit jantung. GLA dalam evening primrose dilaporkan dapat menurunkan paras kolesterol.HIV. Jangka hayat pesakit HIV berganda dua kali apa bila GLA dan asid lemak Omega-3 dimasukkan kedalam diet mereka, menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Tanzania.Kedua-dua GLA dan asid lemak Omega-3 adalah penting untuk mengekalkan struktur sel membran dan membuat bahan seperti hormone, yang dikenali sebagai eicosanoids, yangmembantu mengawal tekanan darah, pembentukan darah beku, lipid darah, dan tindak balas imun kepada kecederaan dan jangkitan. Badan mampu menghasilakan kebanyakan asid lemak kecuali untuk kedua-dua ioni, yang mesti datangnya dari diet. GLA boleh menjadi rawatan mujarab untuk gangguan auto-imun, termasuk HIV.
Faedah lain:
Pelbagai kajian telah mencadangkan bahawa GLA dapat membantu keletihan kronik dan keradangan usus seperti ulser kolitis. Ia turut mencadangkan pemakanan gabungan suplemen dengan ikan dan asid lemak diperolehi dari hasil tumbuhan seperti minyak petang  primrose lebih berkesan dalam memerangi penyakit jantung, daripada pengambilan makanan tambahan minyak ikan sahaja.
Penyelidikan di beberapa buah Negara turut mengesahkan bahawa, walaupun dalam kehamilan biasa, kedudukan keperluan asid lemak dari seorang ibu adalah tersangat rendah, dengan tahap terlalu rendah yang cenderung untuk jatuh lebih rendah lagi dengan setiap kehamilan berikut. Bukti (Anecdotal) menunjukkan bahawa pengambilan EPO semasa mengandung dapat membantu mengurangkan pembentukan tanda tegangan (stretch mark) dengan mengekalkan kelembutan kulit dan membran sel tisu penghubung.

Dos Sebagai tambahan(supplement):
Ruam kulit, sakit payudara (mastalgia), dan sindrom pra-haid (PMS) adalah tiga syarat yang dos nya telah disyorkan. Bagi ruam kulit, dos harian yang disyorkan adalah 6-8 g bagi orang dewasa dan 2-4 g untuk kanak-kanak.Untuk sakit payudara, dos yang disyorkan adalah 3 ke 4 g setiap hari.Bagi PMS, dos yang disyorkan adalah 3 g setiap hari.Jika mengambil EPO untuk penyakit artritis, kulit kering dan bersisik, atau dalam kebanyakan keadaan , dos nya 3 g sehari dianggap selamat. Pastikan untuk berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil EPO.


...Sumber dari Herba & Tumbuhan.