Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Ahad, 12 Mei 2013

Penyelidik Temui Bukti Kacip Fatimah Ubat Awet Muda

KUALA LUMPUR - Penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pengkaji Korea Selatan berjaya mengukuhkan keyakinan umum terhadap khasiat herba kacip fatimah dengan penemuan agen antipenuaan yang merangsang pertumbuhan kolagen dan bertindak sebagai antioksida.
Kajian sejak 2007 oleh Profesor Fakulti Kejuruteraan Kimia UTM, Dr. Mohamad Roji Sarmidi dengan Profesor Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Biokimia Universiti Dongguk, Korea Selatan, Dr. Chan Seo Par itu mendapati pokok herba tersebut juga berkesan memutihkan kulit.



Naib Canselor UTM, Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, kajian terhadap ekstrak bahan kimia daripada daun kacip fatimah menghalang penghasilan melanin yang menggelapkan kulit serta memulihkan kesan radang pada kulit akibat terdedah lama kepada cahaya matahari.
"Selama ini kacip fatimah lebih dikenali sebagai penguat kesihatan wanita, tetapi hasil kajian kami ini adalah yang pertama direkodkan mengenai kesannya mencantikkan kulit," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, pakar Universiti Dongguk dipilih kerana mereka mempunyai makmal kemujaraban dalam penghasilan bahan kosmetik yang tidak terdapat di Malaysia.
Mohamad Roji menjelaskan, ekstrak kacip fatimah tidak mengandungi bahan toksik dan sesuai untuk kulit manusia.
"Ia telah diuji dalam makmal pada sel kulit manusia dan didapati sangat berkesan melambatkan proses penuaan," katanya.



ZAINI menunjukkan sampel daun dan serbuk kacip fatimah yang didapati mempunyai agen antipenuaan di Kuala Lumpur.