Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Isnin, 5 Disember 2016

BOLU, TURKI

Satu anugerah Allah yang tak terhingga bila dimaklumkan oleh ustaz Faruqi dari Jauhara travel, sepatutnya waktu ini bukan waktunya salji turun di Bolu. Selalunya antara pertengahan dan penghujung tahun baru ada. Alhamdulillah Ada di antara kami mungkin doanya untuk bermain salji diterima Allah.

Ketibaan kami pada malam 4 Disember disambut kedinginan suhu - 8° Celsius. Sejuknya menerobos ke tulang hitam.



Penginapan yang cukup selesa walaupun terpaksa menapak anak tangga di tingkat atas kamar 220. Kesakitan jari kaki yang terseliuh mula terasa nyilu. Sejuk dan penggunaan kasut yang kurang selesa disebabkan bengkak di ruas jari menjadikan mata cuma terlihat katil dengan bantal. Sesekali menjengah lewat jendela Iman yang turun ke bawah melayan putih salji di tengah malam hari.



Pengalas perut di awal pagi kerana kelat mata yang bertukar waktu disebabkan perbezaan masa lima jam yang tak sama seperti biasa.





Permulaan pagi yang indah








Bersambung....






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan