Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Ahad, 4 Disember 2016

BLUE MOSQUE, ISTANBUL

Blue Mosque atau Masjid Biru di Istanbul, Turki.
Lima jam dalam perjalanan dari Ankara menuju Bursa adalah masa senggang yang teramat panjang. Kesempatan untuk mengupload gambar- gambar yang tertangguh disebabkan waktu yang padat dan line internet Turkcell yang adakalanya tenggelam timbul.

Menggarap mimpi-mimpi indah percutian ke Istanbul lewat percutian Insentif 2015 Al Haddad Marketing Sdn Bhd buat hati berbunga-bunga. Realiti sebuah impian zaman kanak-kanak.





Terima kasih tuan Syed Ageel Al Haddad. Jasamu dikenang.

Masjid indah ini disebut biru kerana hiasan seramik biru yang menutupi dinding Dan kubahnya. Dibangunkan oleh Sultan Ahmed 1 berasal Dari Dinasti Ottoman yang menguasai Turki pada abad ke 14. Memerintah Turki Dari 1603 - 1617. Masjid Biru mula dibangunkan pada tahun 1609 oleh Mehmed Aga, seorang arkitek yang terkenal pada zaman itu dan selesai pembinaan pada tahun 1616.







Singgah solat 

Tempat berwuduk di luar masjid. Untuk solat di Masjid Biru, kasut kena dimasukan ke dalam beg plastik yang disediakan dan dibawa masuk ke dalam. Mengingatkan indahnya kenangan bersolat di Nabawi dan Masjidilharam.






Kenangan terindah 





Meninggalkan Blue Mosque dan Hagia Sophia seperti meninggalkan hati di Turki. InsyaAllah ada masa berkongsi cerita di hari terakhir perjalanan musafir dalam percutian nanti.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan