Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Rabu, 11 Januari 2012

Kata - Kata Hikmah Tentang Kegagalan ~ Datuk Dr Maznah Hamid



Jangan Sekali-kali Mengaku Kalah

Sesungguhnya kekecewaan dan kegagalan adalah asam garam kehidupan. Kejayaan sebenarnya adalah hasil daripada percubaan nekad  yang disulami dengan kegagalan - trial and error. Bagi saya kegagalan yang sebenar adalah apabila kita berhenti mencuba, berhenti berjuang, berhenti mencabar keupayaan diri, berhenti belajar dan yang paling teruk, berhenti berfikir. Orang yang begini memang telah benar-benar gagal., Apa yang penting bagaimana kita menerima kegagalan tersebut dan menghadapinya. Sikap mental kita terhadap kegagalan tersebut memainkan peranan yang amat penting.




Apa Akibatnya Bila Takut Gagal?

Sesetengah orang berkata kegagalan itu harus dielakkan sama sekali, tetapi itu merupakan langkah yang kurang bijak. Bagi mengelakkan kegagalan atau kita tidak mahu gagal langsung, janganlah buat apa-apa. Kita tidak akan pernah belajar apapun dan kita juga tidak akan dapat apa-apa pun! Pada pendapat saya, golongan yang takut mencuba dan cuba mengelakkan diri daripada kegagalan sesungguhnya mengelakkan diri daripada mencapai kejayaan. Tiada kejayaan yang sebenarnya yang boleh dicapai tanpa menghadapi sebarang rintangan dan kegagalan.

Kejayaan sebenarnya adalah kegagalan yang diterbalikkan. Kita boleh menukar kegagalan kepada kejayaan, mengubah benih kegagalan menjadi 'baja' kejayaan. Ingatlah bahawa orang yang tidak pernah gagal terdiri dari mereka yang tidak pernah 'mencuba' dan tidak pernah melakukan sesuatu yang 'Besar' dan 'Luar biasa' hanya manusia biasa-biasa sahaja!



Kita kena ingat yang GAGAL itu bukanlah diri kita tetapi hanyalah percubaan kita.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan