Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Ahad, 1 April 2012

SEHARI BERSAMA IRFAN KHAIRI

Pertemuan tanpa dirancang bersama jutawan muda Irfan Khairi di kediaman Puan Siti Noor Ross di Kota Bahru Kelantan merupakan satu pertembungan semangat dan kejituan untuk menghasilkan gerak kerja yang jauh lebih baik dan bersistematik.

Mungkinkah akan lahir satu kejutan dalam dunia perniagaan Al Haddad Marketing melalui satu kebersamaan yang akan menjadi satu anjakkan yang positif, sebagai menyahut cabaran dunia perniagaan orang-orang melayu? Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.

Dalam misi menghasilkan sasaran jualan satu juta sebulan, Al Haddad Marketing sudah boleh berbangga walaupun baru empat bulan berada di pasaran dengan hanya enam produk minuman kesihatan tetapi mampu menarik keyakinan pengguna.

Ini terbukti dengan peningkatan jualan yang amat luarbiasa di penghujung Mac 2012. Di mana ianya berjaya mencecah lebih daripada separuh target yang dijangkakan. Ini mejadi satu anjakkan positif yang amat baik bagi syarikat dan keseluruhan ahlinya.



Mengambil peluang motivasi melalui majalah iK siri kedua yang memuatkan artikal usahawan gigih Puan Siti Noor Ross. Usia bukan satu penghalang bagi menjana keinginan di mana ada kemahuan di situ perlu ada tindakkan.

Gandingan yang mantap

Semoga setiap gandingan walaupun secebis waktu yang amat bernilai mampu membawa Al Haddad Marketing Sdn Bhd ke arah pemangkinan dalam menggarap impian melahirkan lebih ramai usahawan muslim yang cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan