Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Isnin, 12 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Kullu Aam Wa Antum Bikhair....

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1 Muharam 1434 hijrah kepada semua muslimin dan muslimat yang diingati. Khas buat semua warga Al Haddad Marketing Sdn Bhd yang dikasihi.


Secara bahasa, hijrah bererti perpindahan, sedangkan secara syar’i hijrah adalah perpindahan orang beriman dari negeri kafir menuju negeri muslim kerena menghindari fitnah. Dalam Al-Quran hijrah selalu didahului oleh nilai-nilai keimanan dan diiringi dengan nilai-nilai jihad. Hijrah bukan hanya sekadar pindah, migrasi, transmigrasi ataupun imigrasi. Tetapi perpindahan kerana prinsip keimanan dan bahagian dari dakwah dan jihad untuk menegakkan Syariah Islam (Iqomatuddin). Dan Islam bukan hanya sekadar ritual keagamaan, seperti solat, shaum, zikir haji dan lain lain. Tetapi Islam adalah sistem yang sempurna mencakupi semua lapangan kehidupan. Sebagaimana juga bahawa Islam adalah ibadah yang benar dan aqidah yang lurus.

Memaknai hijrah dalam kehidupan.
Penghijrahan juga boleh dikaitkan dengan perubahan minda, jiwa dan hati. Keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik. Menjadikan minda untuk berfikir mencari jalan keluar, hati sebagai proses penapisan masalah dan jiwa untuk menjadikan diri kita lebih baik.




Hijrah adalah sebuah peristiwa yang dapat dijadikan sebagai bahan pelajaran. Kerana hijrah mengandung semangat untuk mencari sesuatu yang terbaik dan menjadikannya sebagai pilihan untuk dilakukan. Rasulullah s.a.w ketika melakukan hijrah adalah kerana demi mencari sebuah kondisi yang terbaik untuk menyebarkan Islam. Keberhasilan dan kegagalan adalah pilihan yang harus diambil salah satunya. Keberhasilan dan kegagalan dalam membangun kehidupan berada di tangan kita sendiri dengan izin Allah.




“Demi waktu! Sesungguhnya manusia pasti berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman (dan berkomitmen terhadap keimanannya), mengerjakan amal soleh (sebagai wujud komitmen terhadap keimanannya) dan saling memberikan wasiat dalam kebenaran dan kesabaran” (sebagai wujud adanya keberanian mengoreksi dan dikoreksi).









Tiada ulasan:

Catat Ulasan