Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Selasa, 20 November 2012

MANJAKANI DAN KHASIATNYA

KELEBIHAN YANG TERDAPAT DI DALAM ARABICA MANJAKANI , KACIP FATIMAH KELUARAN AL HADDAD MARKETING SDN BHD.

Proses pengekstrakkan biji manjakani yang dilakukan sendiri oleh pengilangan Al Haddad Marketing di dalam proses pembuatan kopi Arabica Manjakani & Kacip Fatimah.




Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, zat besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi dan unsur astrigen menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin. Khusus untuk merawat rahim dan mengembalikan keanjalan otot, awet muda, pembasmi bakteria, merawat ulcer dan mencantikkan kulit.

Manjakani, dianggap sebagai buah `ajaib', dihasilkan melalui proses metamorfosis apabila sejenis serangga penyengat yang hinggap dan menetaskan telurnya di atas daun pokok oak. Telur yang menetas menghasilkan enzim-enzim yang merangsang bekalan makanan pada sel-sel daun sehingga terbentuknya satu bebola keras yang dipanggil Manjakani.

Manjakani telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sejak berkurun lamanya oleh orang-orang Arab, Iran, India, Cina dan Melayu. Malah ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 Sebelum Masehi oleh orang-orang Mesir Purba. 

Manjakani sering digunakan untuk tujuan-tujuan berikut dalam perubatan:
  • Awet muda: Anti-oksida dalam Manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
  • Pencegahan kencing manis: Asid Galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim: Anti-oksida dalam Manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini: Manjakani yang bersifat astrigen boleh membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Merawat otot-otot dalam faraj: Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj: Astrigen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
  • Mengecutkan semula tisu-tisu: Astrigen membantu mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutama selepas bersalin.
  • Menegang dan mencantikkan kulit: Astrigen boleh mencantikkan kulit dan mencegah masalah kulit muka seperti jerawat.
  • Mata yang sihat: Astrigen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia dapat mengecutkan tisu-tisu mata.
  • Merawat payudara: Oleh kerana Manjakani dapat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman Manjakani dapat memperbaiki payudara yang hilang sifat keanjalannya.
  • Gigi dan tulang: Kalsium dalam Manjakani dapat membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Mulut: Astrigen dalam Manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak: Astrigen dapat mengekal dan mengawal keseimbangan lembapan kulit.
  • Merawat ulser: Amalan meminum Manjakani juga dapat membantu merawat penyakit ulser.
  • Melawaskan pembuangan air kerana Manjakani mempunyai serat makanan yang tinggi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan