Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Sabtu, 17 November 2012

Qunut Nazilah...Berdoalah untuk saudara-saudara kita di Gaza.

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman.





16 Nov 2012.
Sekitar Himpunan Aman Membantah Keganasan Zionis



Dr Syed Muhammad Haleem Al Haddad, Pengerusi Biro HALUAN Palestin dan salah seorang aktivis dari HALUAN yang pernah terlibat dalam misi Mavi Marmara, juga yang bertanggung jawab beberapa kali membawa masuk beberapa produk Al Haddad Marketing Sdn Bhd sebagai sedikit sumbangan kecil di bumi Gaza sebelum Gaza diserang pada satu Muharam 1434H kelmarin. 





Antara tabung-tabung khas yang ditubuhkan selain HALUAN




Rakyat Palestin berusaha mencari mangsa di bawah runtuhan rumah yg musnah selepas serangan udara Israel di Jabalya di utara Gaza. Pesawat Israel telah menghancurkan bangunan kerajaan Hamas di Gaza pada hari ini (sabtu) termasuk bangunan pejabat Perdana Menteri, selepas Kabinet Israel mengerahkan 75,000 askar simpanan utk bertempur ke atas Gaza




“Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…”

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen.

|---:: YA ALLAH, SELAMATKAN PALESTIN ::---|










Tiada ulasan:

Catat Ulasan