JANGAN AMBIL MUDAH!....
AMALKAN PENGAMBILAN VCO DAN GRAPESEEDS OIL.
Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008. Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.
Kanser kolon adalah satu penyakit yang berpunca dari sistem penghadaman dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul.
Pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang tanda, mungkin pada mulanya sekadar sakit perut sekali sekali bila silap makan, senak, memulas dam semakin lama semakin kerap. Doktor mungkin membuat dignosa sebagai Irritible Bowel syndrome atau IBS dan sekadar memberi ubat tahan sakit.
Lama kelamaan, kesakitan bertambah kerap disusuli dengan cirit birit, kadang cair, kadang berlendir campur darah, kelesuan, muntah, kehilangan berat badan dan kekurangan darah.
Pesakit kenser usus kronik kini ada harapan lebih baik melalui kaedah semulajadi dengan mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara. Minyak Kelapa Dara mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser, seperti kanser payudara dan kanser colon. Selain itu punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin yang boleh didapati di dalam minyak biji anggur.B17 atau dikenali sebagai laetrile mampu menaturalkan kanser dan memulihkan pelbagai jenis penyakit kanser.
Faktor-Faktor Risiko
Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. Kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.
Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.
Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut.
* Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
* Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.
* Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.
* Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.
* Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.
* Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.
* Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus.
* Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.
* Kurang bersenam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan