Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Selasa, 26 Julai 2016

DALAM RENYAI HATI

Alhamdulillah thank you Allah



Berhenti sebentar dan berdiri di hadapan mimpi yang kugenggam dalam renyai hujan semalam. Sebak hati berbalam balam dan sekali sekala mengaburi pandangan. Bersama hangatnya rintik rintik gerimis yang jatuh membasahi sekeping rasa bahagia setelah lama berusaha menyuburkan benih benih impian.

Dalam remang senja, redup mata terpaku pada indahnya ujian yang menjelma menjadi kenyataan. Ternampak hebatnya agam cita cita yang berdiri megah menjadi realiti. Namun sekali sekala juga hati tercuit rasa bertapa lelahnya membendung sabar supaya tidak pecah melimpah menjadi air bah.

Pun begitu sesuatu yang sangat bermanfaat untuk dipelajari adalah membudayakan fikiran supaya sentiasa positif. Cabaran hari ini adalah pembelajaran untuk hari hari kemudian. Ianya guru paling baik untuk mendidik kita supaya sentiasa memanfaatkan setiap rahmat dari Tuhan samaada melalui ujian atau rintangan.

' The positive thinker sees the invisible, feels the intangible and achieves the impossible'


' The only way of finding the limits of the possible is by going beyond them into the impossible'



Tiada ulasan:

Catat Ulasan