Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Khamis, 15 Mac 2012

SEHARI BERSAMA KISDAD


Alhamdulillah, jam 8.30 pagi 13 Mac 2012 bermula perjalanan saya dari Stesen bas Kamunting, setelah bertolak sehari awal dari Johor Baharu. Bersama-sama seratus peserta yang terdiri daripada ahli KISDAD 
( Kelab Pengguna Islam Al Haddad ) dalam lawatan rasmi ke dua kilang Al Haddad Marketing Sdn Bhd bertempat di Mergong Alor Star dan Jejawi Perlis.

Perjalanan yang disertai dengan dua biji bas dan tiga biji kereta itu juga merupakan satu aktiviti yang diatur dengan cukup baik. Meninggalkan banyak kenangan manis dalam meniti ukhuwah dan semangat perjuangan dengan meletakkan produk keluaran Al Haddad Marketing sebagai misi utama, menjadi pemangkin ke arah penjanaan ekonomi ummah.


 
Peneraju utama KISDAD Ustaz Ahmad Zaki
 



Berada di Kilang Tamar Cocoa
 





 





 Mendengar penerangan dari bos SKASH Syed Khairil Azri Al Haddad.




Semoga dengan perjalanan ini akan menabahkan lagi keyakinan setiap ahli untuk terus berada di dalam lingkungan keluarga besar Al Haddad Marketing Sdn Bhd. Melangkah lebih jauh lagi dengan membawa kejayaan dan kecemerlangan tanpa sebarang keraguan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan