Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Ahad, 5 Februari 2012

Maha Kaya Allah

Sudah agak lama saya menyimpan gambar ini, ingin berkongsi bersama sahabat akan kebesaran Allah SWT dalam memperlihatkan setiap apabila Allah berkehendak dan menghendakinya dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman "jadilah" maka jadilah ia.

Beberapa kali saya minta keizinan untuk menggunakan gambar ini sebagai bahan renungan bermula dari tuan yang empunya diri berada di puncak orang-orang yang hebat minda motivasinya sehinggalah beliau  mampu berdiri dalam peroses untuk membangun empayar perniagaan sendiri, hanya semata-mata kerana bimbang dengan fitnah dan riak hati.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya, walaupun sayang sekali hanya tinggal satu dari sepasang gambar yang masih ada setelah dua tahun tersimpan.


Gambar ini dirakam sendiri oleh ustaz Radzi salah seorang pengamal perawatan Bekam Sunnah ketika beliau melakukan rawatan bekam di kiri dan kanan pinggang Tuan Syed Ageel bin Syed Mohd Mahayadin Al Haddad, pemilik rangkaian Al Haddad Marketing Sdn Bhd.

(Yassiin:82)

  " Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya "Jadilah!" maka terjadilah ia'


Apa yang ingin saya paparkan hanyalah sejenak mengamati tentang kebesaran Allah sama seperti yang terlihat pada setiap tempat dan keadaan yang Dia mahukan.

kalimah-allahd-kasymir.jpg
Di langit


di lautan


Pada tumbuhan


Pada Haiwan


Pada setiap bencana alam.

Paparan Bismillah yang terbentang selepas tragedi tsunami di Jepun. Mampukah kita menjangkau segala pengajaran atau amaran yang telah Allah perlihatkan....Wallahualam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan