Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Selasa, 3 Januari 2012

Memperbaiki Impian


Semoga 2012 lebih baik dari 2011. Tahun semuanya adalah sama, sekadar waktu yang dipinjamkan Allah berjalan mengikut jumlah hari dalam setahun. Untuk memaknainya adalah catatan kita seharian sebagai rentetan dalam kehidupan.


Selamat datang azam, untuk menukangi semangat yang lama. Dairi kehidupan semuanya berbeza. Allah memberi kita kemahuan untuk kita gerakkan dan akal sebagai pertimbangan. Untuk mengindahkan impian adalah sikap dan keberanian. Jika semua benda boleh diubah. Minda juga boleh diubah untuk dievolusikan. Attitude dan mentaliti juga boleh diubah sebagai pemangkin kepada anjakkan paradigma dari yang baik kepada yang lebih baik.


Memperbaiki kehidupan adalah tanggungjawab. Mengubah presepsi diri juga tanggungjawab. Hidup perlukan keyakinan sebagai kunci untuk kejayaan. Namun untuk membuka pintu kejayaan itu memerlukan olahan dan tindakan, bukan sekadar menterjemah kerana kejayaan itu nampak indah tetapi untuk mencapainya bukanlah mudah.

Dan pada saya fitrah manusia itu sentiasa menginginkan yang terbaik namun kadang-kadang kita terlupa setiap apa yang berlaku walau sekecil-kecil kejadian adalah sebahagian daripada ketentuan Allah. Namun begitu Allah juga tidak suka pada orang-orang yang tidak berusaha. Amat beruntung kepada orang-orang yang berusaha kerana orang yang berusaha tidak akan berputusasa. Oleh itu berusaha adalah lebih baik dari berserah kepada nasib.


Sesuatu yang diberikan Allah dalam kehidupan adalah nikmat. Seperti makan sepinggan nasi ada lauk pauknya. Mencicipi kelazatan dalam kehidupan juga sama seperti makan sambal belacan. Berani dengan pedasnya juga satu nikmat yang kadang-kadang sampai berlinangan airmata. Bagi saya, yang penting sikap berani, usaha kemudian baru tawakal pada Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan