Sila kemaskini maklumat peribadi. Pastikan nama, nama bank, no akaun dan no kad pengenalan adalah betul.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.” [HR. Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya no.2427. Dishohihkan oleh ‘Abdul Qodir Al-Arnauth dalam takhrij Al-Adzkar An-Nawawi hal.187.

Rabu, 14 Disember 2016

MENJEJAK SEJARAH

Mustafa Kemal Ataturk



Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali asal usul Mustafa Kamal Ataturk yang merupakan individu paling utama yang memusnahkan empayar Khilafah Uthmaniah di Turki (yang dahulunya amat hebat dan utuh) semasa pemerintahannya dengan amalan sekularisme. Sehinggakan, jika di Turki, wanita dibenarkan memakai tudung tetapi wanita wajib memakai skirt pendek (maksudnya, takde ertinya kalau pakai tudung tapi perlu membuka aurat).

Natijahnya, balasan yang Allah berikan kepada Mustafa Kamal Ataturk laknatullah ini, sehingga kini mayatnya tidak dapat ditelan bumi yang akhirnya mayatnya beberapa kali diawet serta dijadikan pameran dalam kotak kaca di Turki untuk tontonan umum di muzium EtnaGrafi di Ankara sehingga tahun 1953 (begitu besar Allah berikan balasan sehingga mayatnya diaib sebegitu rupa). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi tetap tidal mahu menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya di bawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Mustafa Kamal Ataturk tokoh hitam sejarah Islam yang tidak sewajarnya diberi sanjungan kerana pelbagai penghianatan telah dilakukannya terhadap agama Islam, ekonomi dan rakyat Turki. Beliau yang pada mulanya pernah disanjung sehingga digelar “Khalid al Walid” kerana berjaya mengalahkan tentera British lalu diangkat menjadi Presiden Turki yang pertama, menunjukkan belang hitamnya setelah berkuasa.

Beliau menjatuhkan khalifah Uthmaniyah, menghina Islam sehingga sanggup memerintahkan seruan azan dilaungkan dalam bahasa Turki, al Quran yang mengandungi tulisan arab dibakar kerana orang ramai hanya dibolehkan membaca tafsiran dalam bahasa Turki, menukar masjid menjadi gereja, menukar undang-undang Islam kepada undang-undang barat, menggalakan kaum wanita mendedahkan aurat, membunuh ramai ulama yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya dan pelbagai kekejaman lagi.

Pemimpin yang diagungkan barat sehingga digelar “bapa moden Turki itu” ternyata tidak membawa apa-apa kemodenan terhadap Turki berbanding semasa pemerintahan khalifah Utmaniyah. Kejayaan beliau yang paling ketara hanya membina patung beliau diseluruh Turki seolah mahu rakyat menyembahnya.



Kamal Ataturk adalah manusia yang paling bertanggungjawab memusnahkah sistem Khilafah Uthmaniah Turki, di mana pengkhianatannya bermula semasa beliau dilantik menjadi panglima perang di Palestin.

Kamal Ataturk memang jelas menjadi tali barut Inggeris, semasa dia dipilih Sultan Abdul Hamid untuk memimpin bala tentera melawan pihak bersekutu dalam beberapa siri peperangan, dia berpura-pura berperang dan membuat lakonan yang anti dan amarah kepada tentera Inggeris, bagi mengelabui mata Sultan, dan pernah satu ketika hasil dari lakonan tersebut dia dianugerahkan dengan pingat gagah berani oleh sultan, sedang di tangan kirinya penuh dengan tipu muslihat dan perjanjian sulit dengan Inggeris untuk meruntuhkan Institusi Khilafah.

Apabila jatuhnya empayar Uthmaniyah ditangan anak didik barat, Mustafa Kamal Ataturk dengan membawa ideologi sekularisme. Mujadid Said Nursi mengatakan bahawa Turki akan pulih selepas tujuh keturunan setelah beliau melihat bagaimana Islam telah dihina dan dikeji.

Beliau sendiri dipenjarakan oleh rejim Ataturk semasa mempertahankan Islam daripada segolongan sekular didikan barat yang diketuai oleh Mustafa Kamal Ataturk dengan ideologi sekularisme. Sehingga kini pihak tentera masih lagi berpaksikan ideologi Kamalisme walaupun tampuk kerajaan Turki sudah diambil alih Edogan yang pro Islam.





Kamal Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan merentangi tiga benua.

Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kamal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran republik Turki moden dengan :
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ýAgama Bagi Negara Turki Adalah Islam.ý
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
11. 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.


14. Masjid Aya Sophia diubah statusnya menjadi muzium.
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
16. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
18. Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin.
19. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
22. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.

Patung Mustafa Kemal berada dikebanyakan tempat














































Dosa Mustafa Kamal Ataturk
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Pada 23 Mac 1924 Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan resminya oleh Mustafa Kamal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan hati-hati ummah semesta alam yang cintakan Islam.


Menghadapi kematian dengan penuh azab sebagai laknatullah




 









BERSAMBUNG.........



Isnin, 5 Disember 2016

BOLU, TURKI

Catatan perjalanan antara tempat penginapan menuju ke tempat makan. Von Abant, Bolu, Turkey.

Aneka menu masakan Turki yang menggàmit selera


Dari tempat penginapan Vonresort menuju ke cafe untuk sarapan pagi, masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan.